Kata orang berjaya

“Tidak sukar untuk menjadikan diri bersemangat, yang sukar adalah bagaimana mengekalkan semangat itu” kerana kejayaan adalah untuk orang-orang yang berjaya mengekal semangatnya untuk terus berjuang ke arah mencapai matlamat yang diidamkan.

Kata-kata yang menjadi azimat kepada saya:

When I change my thingking, I change my beliefs.
When I change my beliefs, I change my expectations.
When I change my expectations, I change my attitude.
When I change my attitude, I change my behavior.
When I change my behavior, I change my performance.
When I change my performance, I change my life.

UNTUK INFO LANJUT, DAFTAR PERCUMA DI SINI


Thursday, July 8, 2010

Taklimat Bosland di Kuching



Taklimat dilangsungkan di Pejabat Stokis Negeri pada 7 Julai 2010, di Jalan Kulas Kuching, Sarawak. Premis nya di apit oleh Pejabat DIGI dan AGRO Bank jarak beberapa unit sahaja. Anda tidak akan terlepas darinya jika anda mencari.

Cikgu Norazman Jindul, JutawanBosland memulakan majlis pad jam 8.30 setelah semua kerusi dewan dipenuhi. Beliau ... terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru selama 17 tahun. Sekarang ini beliau sedang dalam cuti tanpa gaji, bagi memenuhi hasrat untuk mempersiapkan operasi gerak gempur Bosland di Sabah dan Sarawak.

Penumpuan di Sabah telah selesai dimana Bosland mempunyai lebih dari 1,000 orang ahli yang aktif dan Pusat Stokis Negeri telah di buka di Kota Kinabalu. Sekarang in beliau bertumpu ke Sarawak. Beliau telah membelanjakan sejumlah wang yg banyak untuk membuka Stokis Negeri yang ada sekarang. Sewaan pejabat ialah RM3,500 sebulan dengan deposit 3 bulan sewaaan. Diikuti dgn ubahsuai dan hiasan dalaman dgn kos RM300,000.00 dan pembelian stok simpanan produk bernilaiRM160,000.00. Manakala keahlian yang ada di Sarawak belum lagi mencecah angka 100 orang.

Sehubungan dgn in beliau ingin berkongsi peluang yang hebat ini untuk kebaikan bersama sebagai satu tuntutan fardhu kifayah yg diajar oleh Islam. Beliau sangat berharap semua yg hadir pd malam ini menjadi yang terawal di Sarawak merebut peluang ini.

Beliau telah berpengalaman selama 16 tahun dlm bidang Networking ini. Beliau mengakui dengan rendah hati bahawa perniagaan Networking yang diceburinya secara sambilan itu memberi hasil pulangan yang sangat lumayan. Beliau telah meraih jutaan ringgit dalam bidang ini dan beliau mengaku bahawa beliau telah berjaya mencapai taraf jutawan. Bukan bertujuan untuk bersikap ego dan menunjuk , tetapi sebagai perangsang kepada rakan-rakan yg lain.

Beliau berehat dari Networking business selama 3 tahun, 2006,2007 dan 2008, ketika dunia Networking sedang gawat dan penuh dgn fantasi dan angan-angan yang beliau tidak yakin sama sekali. Banyak skim Networking dari luar negeri berleluasa yg tidak mempunyai barangan untuk di akad jualbeli.

Sebenarnya beliau adalah mantan ahli UPTREND dengan No. Keahlian 002 yang mendapat penghargaan tawaran 60 lot secara percuma. Beliau memberitahu bahawa Encik Nor Azmi Karim dan En Ahmad Daud adalah merupakan staff yang berkerja dgn beliau semasa beliau dalam UPTREND.

Beliau kembali aktif semula dalam Networking pada bulan Mac 2009, setelah melihat dan mengkaji sistem Networking anjuran Bosland, merupakan satu sistem pemasaran yang terbaik dan tidak ada MLM yg lain yg boleh menandinginya.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi beliau yakin dengan Bosland ialah:

(i) Syarikat yang kukuh.

Syarikat tempatan usaha sama sekeluarga. Mempunyai kilang sendiri mengeluarkan produk kesihatan . Kilang ini telah beroperasi sejak tahun 1989 iaitu sudah menjangkau usia 21 tahun. Lokasinya ialah di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping, Perak. Keseluruhan produknya berjumlah lebih dari 30 jenis pelbagai produk penjagaan kesihatan. Produk Bosland juga yang diguna pakai oleh syarikat direct selling yang lain.

Syarikat ini dimiliki oleh Dr. Lee Hock Tao dan keluarganya. Dr. Lee sekarang memegang jawatan Ketua MCA Bahagian Taiping. Anak lelaki beliau Mr. Cheng yg berusia 29 tahun adalah Ahli Majlis Perbandaran Taiping.

(ii) Mempunyai Asset dan Ladang Herba

Keluasan kawasan perkilangan ialah 3.4 ekar dan keseluruhan assetnya dlm lengkungan jumlah RM10.1juta. Syarikat Bosland juga mempunyai ladang herba di China dan ladang teh di Cameron Highland.

(iii) Mendapat kelulusan Lesen AJL Selama 17 Tahun

Bosland telah mendapat kelulusan lesen Jualan Langsung sejak tahun 1993 dgn Nombor Pendaftarannya AJL 93425 selama 17 tahun yg lalu. Syarikat ini tidak pernah menghadapi masaalah dalam memperbaharui lesen AJL nya yang mesti dibuat pada setiap tahun. Ini menggambarkan bahawa syarikat ini mempunyai rekod kewangan yang kukuh.

(iv) Produk Mencapai Tahap Piawaian Antarabangsa

Selain dari faktor syarikat dan kilang, produknya juga menjadi satu lagi alasan yg kukuh untuk Cikgu Norazman melibatkan dirinya menyertai direct selling barangan Bosland. Produknya 100% herba tanpa bahan-bahan tambahan yang lain. Produk ini diuji di makmal USM Pulau Pinang.

Mengapa kita tidak pernah mendengar nama Bosland? Jawapannya ialah selama ini, produknya hanya di ekspot keluar negeri seperti Jepun, China, Korea, Hongkong, Taiwan dan Philiphina. Negara-negara seperti Jepun, China, Korea, dan sekitarnya merupakan negara-negara yg sangat terkenal dgn penggunaan hasil perubatan herba. Tetapi Bosland berjaya memasuki pasaran mereka. Ini menjadi satu tanda bahawa kualiti dan khasiat produk Bosland bertaraf piawaian antarabangsa. Sekarang ini perniagaan Bosland berjalan serentak secara Commerce dan E-Commerce. Laman web Bosland ialah www.Bosland.com.my

Dr. Lee Akan Melawat Sarawak:

Tuan punya syarikat iaitu Dr. Lee Hock Tow telah lebih 3o tahun terlibat dlm amalan perubatan tradisi China. Cikgu Norazman memberitahu bahawa Dr. Lee akan berada di Kuching pada 23 dan 24 Julai 2010 akan datang. Semasa berada disini, beliau akan membuka klinik pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada sesiapa saja , bertempat di Pejabat Stokis Negeri, Kuching dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

(v). Plan Pemasaran.

Cikgu Norazman menekankan bahawa semua orang boleh mengeluarkan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan direct selling yg telah diceburi sebelum ini. Tetapi daya tahan untuk "maintaian" setiap bulan menjadi satu bebanan kepada ahli yg baru.

Beliau mendedahkan kepada para tetamu bahawa hasil selama 16 tahun beliau membuat Networking ialah 6 buah rumah dan 5 buah kereta mewah. Bukan tujuan membesar diri tetapi membuktikan bahawa Networking business boleh memberi hasil pulangan yang sangat lumayan dan jalan menjana pendapatan seorang jutawan.

Tersangat jauh bezanya berbanding dengan simpan sebanyak RM200ribu dlm ASN oleh seorang staf kerajaan yg meminjam dari bank, sebagai persiapan selepas bersara pada umur 58 tahun. Kerana menjelang umur 58 tahun, kita telah melepasi batasan waktu, khususnya waktu sihat. Rebutlah sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.

Pakej Bosland: (Produk yg digunakan dlm pakej Bosland ialah Whitefully Pearl Milk Powder, Slimmee Coffee, Qiang Feng San, Plasmin dan Ganodarma)

Pilihan Harga;

Pengguna; RM200/ - 1 set - 50BV - (1 Boland paperbag & 1 Bosland Folder)
RM398/ - 2 set - 100BV ( 2 Bosland paperbag & 2 Bosland Folder)

Usahawan: RM1,692/ - 8 set - 400BV ( 8 Bosland paperbag & 8 Bosland Folder)
RM3,980/- 20 set - 1000BV (20 Bosland paperbag & 20 Bosland Folder)

Jenis Bonus Yang akan dibayar:

(i) Bonus Tajaan - 30%
(ii) Bonus Pasangan - 20%
(iii) Bonus kepimpinan - antara 20% - 80% bergantung kpd pakej yg dibeli.
(iv) Terdapat 2 lagi jenis bonus yg diatur secara komputer automatik.


Seterusnya Cikgu Norazman memberikan secara terperinci mengenai cara-cara pengiraan bonus, pembahagian bomus, dan juga tarikh-tarikh pembayaran bonus. Syarikat akan membuat pembayaran terus kedalam akaun bank masing-masing tanpa perlu proses pindaan melalui komputer. Kemudahan cara ini dapat mengelak bonus tersangkut di dalam akaun syarikat, kerana pengguna tidak mempunyai asses komputer atau pun tidak mahir dari segi penggunaan komputer.

Taklimat berakhir kira jam 9.30 malam. Dalam ucapan penutupnya, Cikgu Norazman mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan majlis doa selamat menjelang bulan Ramadhan dan juga sebagai perasmian Pejabat Stokis. Hari pertama Puasa dijadualkan pada 11 Ogos 2010.

No comments:

Post a Comment

Mengenai Saya


Nama saya Awang Badrul Hisham Bin Awang Jemat. Berusia 31 tahun dan berasal dari Sarikei, Sarawak. Saya bertugas di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei sebagai Pegawai Perhubungan Awam (Public Relation Officer).

Saya telah bertugas sebagai seorang penjawat awam selama lebih kurang 8 tahun. Sebelum ini saya hanya berkerja sebagai buruh biasa sahaja. Pengalaman saya dalam hidup bekerja makan gaji banyak memberi pengajaran kepada saya. Dengan harapan untuk mejadi seorang yang lebih berjaya di masa akan datang untuk masa depan keluarga dan anak-anak, saya berazam kuat untuk mencari jalan yang lebih luas lagi bagi menjana pendapatan untuk menempuhi zaman yang penuh berliku ini.

Dengan berbekalkan keyakinan dan pemikiran yg positif, saya mempunyai sifat yang terlalu berhati-hati dalam pemilihan sesuatu perkara. Ini membolehkan saya menilai sesuatu perkara itu dengan jujur dan ikhlas dari hati. Saya mengambil iktibar daripada pengalaman kehidupan keluarga saya yang dahulunya adalah daripada golongan yang susah. Daripada itulah bermulanya detik-detik yang saya tidak akan lupakan dengan pengorbanan yang telah ditanggung oleh Ibu saya untuk membesarkan kami adik beradik dengan hasil titik peluhnya dengan hanya berniaga. Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling besar potensinya untuk menjana pendapatan yang lumayan sekiranya kita berusaha dengan gigih dan sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan.

Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman saya dalam bidang perniagaan. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mencuba berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual burger, roti canai, kuih-muih dan sebagainya. Walaubagaimanapun ianya tidak berlanjutan kerana masa terlalu singkat dan keadaan pun tidak mengizinkan bagi saya yang sudah pun mempunyai pekerjaan tetap. Penat lelah sehabis sibuk bekerja di pejabat seharian membantutkan usaha saya untuk terus berkecimpung dalam perniagaan seperti ini. Ini semua saya lakukan kerana gaji bulanan yang diterima setiap bulan tidak mencukupi dan sering saja berlaku kesempitan wang di pertengahan bulan.

Seawal bulan Mac 2010, saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan berkenaan peluang menambah pendapatan melalui perniagaan di dalam internet. Saya juga seperti sesetengah orang yang lain sememangnya masih ragu akan perkara tersebut. Telah banyak saudara, rakan-rakan ingin mempelawa saya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini dan bermacam-macam peluang yang telah saya temui. Namun, belum satu pun peluang tersebut saya ambil dengan mudah, kerana saya adalah seorang yang bertindak mengikut naluri hati yang begitu mendalam untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang seperti ini. Alhamdulillah berkat doa dan niat dihati yang begitu mendalam hati saya telah terbuka untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet saya pun menyertai Team Online JutawanBosland.

Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan perkara ini, namun jauh dilubuk hati saya mengatakan bahawa perniagaan ini boleh memajukan saya sejauh mana yang boleh dalam kehidupan ini dengan adanya usaha, sokongan, doa dan bertawakal kepada Nya. Dalam tempoh hanya selama 14 hari, saya telah pun mendapat pulangan modal dan bonus hasil usaha saya yang tidak seberapa, memperkenalkan kepada rakan-rakan dan berkongsi peluang bersama mereka untuk menyertai perniagaan ini. Hasilnya memang amat menakjubkan di mana rakan-rakan turut berminat untuk menceburinya dan mendapatkan produk keluaran Syarikat ini. Selain daripada itu juga, Produk yang saya dapat serta gunakan memberikan kesan yang begitu baik sehinggakan penyakit yang saya hidapi berkurangan dan tahap kesihatan bertambah baik setelah menggunakannya. Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman berkenaan penggunaan produk yang dipasarkan oleh Syarikat ini. Saya telah menghidap penyakit gout semenjak pertengahan 2009 dan ianya adalah sangat menyakitkan buat mereka-mereka yang menghidapnya. Banyak pantang larang dari segi makanan dan minuman. Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan produk ini iaitu Susu Mutiara Whitefully dimana ianya boleh mengurangkan asid urik di dalam badan seseorang penggunanya memandangkan produk ini adalah yang terbaru. Saya cuba mengamalkan minum Susu tersebut pada siang hari dicampur dengan Coffee Slimme dan pada malamnya satu paket Susu sebelum tidur. Hasilnya setelah saya menggunakan sebanyak 4 hingga 6 kotak produk tersebut penyakit gout yang saya dahulunya diserang setiap minggu berkurangan dan boleh dikirakan hampir pulih. Saya pernah menguji diri saya sendiri dengan memakan makanan laut seperti ketam yang mana pesakit-pesakit gout dan mereka-mereka yang arif tahu ianya boleh menyebabkan diserang sakit tersebut. Alhamdulillah, seharian dan keesokkan harinya tiada apa2 tanda serangan gout ke atas saya. Pada masa itulah saya percaya yang Produk Susu Mutiara Whitefully BOSLAND boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan yang memperkenalkan BOSLAND dan produknya kepada saya.

Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”