Kata orang berjaya

“Tidak sukar untuk menjadikan diri bersemangat, yang sukar adalah bagaimana mengekalkan semangat itu” kerana kejayaan adalah untuk orang-orang yang berjaya mengekal semangatnya untuk terus berjuang ke arah mencapai matlamat yang diidamkan.

Kata-kata yang menjadi azimat kepada saya:

When I change my thingking, I change my beliefs.
When I change my beliefs, I change my expectations.
When I change my expectations, I change my attitude.
When I change my attitude, I change my behavior.
When I change my behavior, I change my performance.
When I change my performance, I change my life.

UNTUK INFO LANJUT, DAFTAR PERCUMA DI SINI


Produk


Susu Whitefully pra campur serbuk mutiara ini adalah dihasilkan dengan campuran serbuk mutiara dan kemudian di proses menggunakan Teknologi Susu Whitefully pra campur serbuk mutiara ini adalah dihasilkan dengan campuran serbuk mutiara dan kemudian di proses menggunakan Teknologi Nano. Di mana serbuk mutiara Nano ini mudah diserapkan oleh badan manusia kerana zarahnya yang teramat halus. Susu serbuk mutiara telah banyak digunakan di dalam bidang perubatan perubatan seperti untuk memutih, calmative, meningkatkan kualiti tidur seseorang, fungsi metabolisme, menguatkan tulang-tulang dan menambah zat kalsium.

Kebaikan Susu WhiteFully Pearl
- Menguatkan Tulang
- Menghalang Osteoperosis
- Menghalang Kekejangan Otot
- Memelihara dan Mencantikkan Kulit
- Sebagai Kalsium Tambahan Bagi Ibu-ibu Mengandung
- Sesuai Bagi Dewasa dan Kanak-kanak
- Menghalang Tumbesaran Tulang yang Tidak Sempurna (rickets) bagi Kanak-kanak
- Menambah Kecerdasan Otak
- Masalah Keguguran Rambut
- Menghindar Rasa Resah dan Berdebar-debar
- Masalah Gusi Berdarah
- Masalah Kerap Berpeluh Pada Waktu Malam

-Susu Whitefully juga boleh digunakan sebagai masker muka untuk mencegah jerawat,resdung,jeragat dan masalah kulit dan hasilnya sungguh menakjubkan.

Apakah itu Susu Tinggi Kalsium Mutiara Whitefully?

Whitefully ialah susu berkalsium tinggi campuran dengan serbuk mutiara yang dihasilkan melalui proses teknologi Nano. Dengan penggunaan terknologi Nano, serbuk nano mutiara terhasil adalah amat halus sekali dengan mudah diserap oleh system badan. Serbuk mutiara ini telah digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan sebagai pemutih, sebagai agen membantu mengurangkan tekanan, membantu kualiti tidur serta merangsang system metabolisma. Whitefully juga amat baik sebagai makanan sampingan selain dapat menghalang masalah Osteoperosis (tulang rapuh) di mana fungsi kalsium dapat menguatkan tulang rapuh.

Mengapa memilih Whitefully?

Menurut laporan pakar penyelidik nutrisi, pengambilan kalsium untuk sehari haruslah tidak kurang daripada 800mg. Di mana bagi seorang lelaki dewasa sebanyak 500mg kalsium diperlukan dan sebanyak 400mg bagi wanita. Apa yang hendak ditekankan di sini, pengambilan kalsium bagi golongan wanita seharusnya lebih tinggi daripada lelaki sekitar 1000mg sehari. Bagi wanita mengandung pula, pengambilan kalsium haruslah sekurang-kurangnya 1500mg sehari. Setiap sachet Whitefully mengandungi 800mg kalsium yang mudah diserap oleh system badan. Adalah disarankan mengambil Whitefully sekali atau 2 kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur. Mengamalkan pengambilan Whitefully sebelum tidur dapat mengurangkan kepekatan darah yang menghalang kekejangan otot pada waktu malam.


Siapa yang perlukan susu Whitefully?

Di bawah adalah antara penyakit serta kesan akibat daripada kekurangan kalsium dalam badan:-

-Kanak-kanak

Pembengkakan, tumbesaran tulang yang tidak sempurna (rickets), pertumbuhan rambut yang lambat, lambat berdiri dan berjalan, masalah gigi, terlalu kurus, kerap berpeluh, kerap menangis waktu malam, otak yang tidak cergas, gelisah dan berdebar-debar, terlalu aktif, keguguran rambut, kulit tidak sihat, sistem imunisasi yang rendah dan selsema.

-Golongan remaja

Kegagalan/pertumbuhan tulang yang tidak sempurna, tumbesaran lambat atau terbantut, pertumbuhan gigi yang tidak normal, kegagalan serta penyakit kulit dan masalah penglihatan (rabun dekat).

-Golongan wanita

Kebas, kekejangan otot, tekanan darah tinggi terutama sebelum dan gigi longgar selepas bersalin. Kekurangan kalsium juga menjurus kepada berpeluh pada waktu malam, kerosakan gigi dan pembengkakan gusi serta kekejangan otot perut.


-Golongan pada usia antara 50 ke 60 tahun

Osteoperosis (tulang rapuh), bongkok, keadaan tulang belakang yang tidak normal, sakit gigi serta gusi berdarah, keguguran rambut, sakit pinggang, pergerakan terbatas, pening kepala, pembengkakan disekitar sendi dan tisu, kegagalan fungsi bahu disebabkan jangkitan pada tisu dan sendi.

Bagaimana cara susu Whitefully perlu diambil?


- Adalah disyorkan untuk mengambil susu Whitefully sebagai sumber pemakanan tambahan (1) sachet untuk sehari sebelum sarapan pagi atau semasa perut kosong dan (1) sachet malam sebelum tidur.

- Disyorkan juga pengambilan susu Whitefully ini untuk kanak-kanak (3) tiga tahun ke atas.

Soalan yang lazim ditanya?

1. Berapakah kandungan kalsium tulen di dalam kandungan serbuk mutiara?

Kandungan kalsiumnya adalah tinggi. Serbuk mutiara mengandungi 90-92% daripada Ca2 (kalsium aktif), kandungan asal susu mengandungi 38%-40%, dan jika diminum sebanyak 600mg sehari, ia adalah bersamaan 220-240mg. Ia adalah (4) empat kali lebih tinggi daripada kandungan tablet kalsium Glukonat, di mana ia adalah kandungan yang ideal. Analisa menunjukkan bahawa cengkerang laut adalah kaya denga elemen-elemen kalsium, di mana ianya mengandungi sekitar 95% kalsium karbonat.

2. Adakah kalsium daripada serbuk mutiara akan menyebabkan batu karang?

Sesetengah orang akan beranggapan bahawa kalsium karbonat di dalam serbuk mutiara bakal menjurus kepada pembentukan batu karang. Penyelidik di ”America Havard Medical School” telah dapat membuktikan di mana, pengambilan kalsium secara berlebihan bukan hanya dapat mengelakkan dari penyakit batu karang, malahan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit batu karang sebanyak 30%-60%.

3. Mengapa kalsium dari serbuk mutiara dipilih?

Kalsium yang diperolehi serbuk mutiara adalah lebih mudah dihadam dan mudah diserap oleh badan. Terdapat 2 jenis sumber kalsium yang boleh diperolehi dipasaran iaitu Kalsium Organik dan Kalsium Bukan Organik. Kadar penyerapan oleh badan adalah disekitar 25%-32%. Dimana, Kalsium Glukonat adalah sebanyak 27%, Kalsium Laktate 30% dan serbuk mutiara biasa pula ialah 29%. Jika serbuk mutiara tersebut dijadikan lebih halus dalam ukuran mikron (serbuk nano) maka, kebolehannya untuk diesrapkan lebih tinggi dan mampu merangsang pertumbuhan tulang dengan lebih cepat. Dr Li Yi Zhun seorang doktor Jepun, menyarankan pengambilan kalsium dari serbuk mutiara.

4. Apakah perpepsi Perubatan Tradisional Cina mengenai serbuk kalsium mutiara?

Kalsium dari serbuk mutiara memberi fungsi ”dalaman” dan ”luaran”. Berdasarkan Penyelidikan Perubatan China, Doktor Liu dari Universiti of China. Ramai mengalami hyperthyroidism akibat kekurangan kalsium dalam badan. Semasa badan di dalam keadaan kekurangan sumber kalsium, pembesaran hormon yang berlebihan mengakibatkan kalsium di dalam tulang tidak dapat berfungsi dengan normal. Ini akan menjadikan kandungan kalsium dalam darah menjadi tidak normal dan mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit yang lain. Menurut Dr. Liu, serbuk mutiara mampu menguatkan cecair dalam badan dan mampu merawat penyakit ” hyperthyroidism”.

5. Mengapa menggunakan Teknologi Nano dalam penyediaan serbuk mutiara?

Dengan penggunaan teknologi nano ia menjadikan serbuk mutiara menjadi amat halus di mana jika diukur partikel serbuk adalah antara 10-25 mikron. Ini menjadikan serbuk mutiara ini tinggi kadar pernyerapannya. Ia menjadikannya mudah dicerna dan diserap oleh tubuh badan di mana serbuk mutiara tadi telah larut dan terurai.

Kajian mendapati kelebihan utama teknologi Nano ini ialah kadar penyerapan nutrien makanan ke dalam badan adalah lebih cepat. Pakar pemakanan menyatakan penyebaran nutrien (kandungan aktif) daripada pengambilan makanan yang sihat dan herba berlaku di dalam sel dan diantaranya. Jika serbuk mutiara disediakan secara pengisaran biasa, satu partikel secara amnya mengandungi satu atau lebih dari sepuluh sel dan kebolehan sel untuk terurai adalah lebih lama dan secara logiknya kandungan aktifnya sukar diserap oleh badan.

Jika hendak dibandingkan dengan Teknologi Nano, ia boleh dibuktikan di bawah mikroskop bahawa ia mengandungi sel yang telah sedia terurai. Di mana, kandungan aktif bahan telah sedia untuk diserap terus oleh badan di bawah fungsi jus gastrik di dalam perut. Apabila ia melalui usus kecil ia akan mula diserap ke bahagian-bahagian tubuh badan manusia. Partikel serbuk nanometer yang tidak larut akan terus berada (melekat) disekitar usus dan kandungan aktif diserap dengan cepat terus ke saluran darah. Jika semakin lama serbuk Nanometer melekat disaluran usus, maka semakin tinggi kadar penyerapan kandungan aktif dari serbuk nano.

Fakta mengenai kalsium susu

Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6, dan vitamin B12), magnesium, fostorus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Semua nutrien ini penting untuk satu atau lebih jenis fungsi. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa.

Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, umpamanya aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Apa yang juga perlu diketahui ialah apabila kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Setiap orang memerlukan kalsium sepanyat hayat. Mengikut kajian, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum ( atau dikenali sebagai ”peak bone mass”). Ini boleh meningkatkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) dikemudian hari.

Pengambilan kalsium yang mencukupi menolong memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Mineral ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan (misalnya sardin dan ikan bilis), kekacang, produk kekacang (misalnya tauhu dan tempe) dan buah-buahan kering (misalnya kismis, kurma, aprikot dan prun). Sayuran berdaun hijau (misalnya bayam dan kailan) juga mengandungi kalsium.


Kebaikan:
- Membantu Menurunkan Berat Badan
- Mencantikkan Serta Memelihara Kulit
- Mengekalkan/Menstabilkan pH Kulit
- Mencantikkan dan Melambatkan Proses Penuaan ( Anti-Oksidan)
- Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan
- Membuka Semula Saluran Darah yang Tersumbat atau Sempit
- Melancarkan Peredaran Darah
- Membuang Lemak yang Berlebihan
- Meransang Sistem saraf pada Bahagian Otak
- Sebagai Agen Anti-Oksida
- Merangsang Fungsi2 Otot dan Saraf
- Menggalakkan Penghasilan Cecair Gastrik Perut

Cara Penggunaan:

- Tuangkan sebungkus WhiteFully kedalam 200ml - 250ml air panas dan kacau.
- Kemudian, masukkan sebungkus Slimme ke dalam bancuhan WhiteFully tadi dan kacau rata dan sebati sehingga beraroma enak
- Boleh diambil tiga (3) kali sehari untuk kesan yg sangat mujarab iaitu pada Jam 7 pagi - 4 Petang - 10 Malam
- Amalkan setiap hari hidangan mudah dan lazat ini dan lihat kesannya dalam 7 hari.
- Seboleh-bolehnya minum 1 jam sebelum mengambil hidangan berat, tapi biasanya selepas minum hidangan ini kita akan merasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari dan tak perlu makan nasi. Cubalah.


SERBUK HERBA UNTUK BATUK DAN RESDUNG

“QFS Satu jenama  remedi herba yang telah mendapat nama dan kepercayaan selama 30 tahun”

Digunakan secara  tradisional untuk:  
  • Menguatkan serta membantu fungsi sistem imunisasi dalam badan.
  •    
  • Mengembalikan serta meningkatkan semula kekuatan dalam badan.
  •    
  • Melegakan dan mengurangkan masalah paru-paru serta sistem pernafasan yang  berkaitan:
- Batuk
- Selesema
- Alahan
- Asma
- Kahak
- Resedung

Apa itu QFS?

QFS adalah satu  persediaan herba tradisional yang terdiri daripada pelbagai jenis herba yang  terpilih khusus dalam merawat paru-paru dan sistem pernafasan. Ia bertindak  menguatkan paru-paru serta organ dalam lain seperti buah pinggang dan limpa.  Selain daripada itu QFS juga berfungsi menguatkan sistem imunisasi di  dalam tubuh badan.

Apakah kandungan herba QFS?

QFS terdiri  daripada beberapa herba terpilih:

PANAX GINSENG C.A  MEY

- Menjaga kesihatan  paru-paru serta menguatkan empat organ penting.

- Melegakan asma,  batuk dan memberi kekuatan pada paru-paru.

- Melancarkan  pengaliran darah dan melambatkan proses penuaan.

PANAX QUINQUEFOLIUM  L

- Menguatkan paru-paru  serta memberhentikan batuk yang berterusan.

- Melegakan kepanasan  dalam paru-paru, batuk dan lelah serta kahak.

GLEHNIA LITTORALIS  F. SCHMIDT EX MIQ

- Melegakan paru-paru  daripada panas serta membersihkannya dan menghilangkan kahak berdarah.

CORDYCEPS SINENSIS  (BERK.) SACC

- Meningkatkan  kekuatan paru-paru, menghilangkan kahak dan batuk.

- Menguatkan buah  pinggang, merawat batuk kronik, asma dan kekurangan sel darah merah (anemia).

GYNOSTEMMA  PENTAPHYLLUM (THUND.) MAK

- Melegakan radang  paru-paru, membuang toksin, melegakan batuk, menghilangkan kahak, merawat bronkitis kronik, mengurangkan lemak dalam darah, menguatkan sistem imunisasi  badan serta mententeramkan jiwa.

HOHTTUYNIA CORDATA  THUND

- Menghilangkan  jangkitan paru-paru, menghilangkan kepanasan, batuk berdarah,

nafas berbau dan  kahak.

FRITILLARIA CIRRHOE  D. DON

-  Menghilangkan ketulan, melegakan batuk, kahak, dan batuk tenat.

- Merawat kesesakan di  dalam paru-paru.

Bagaimanakah untuk mengambil QFS?

Adalah disarankan agar  QFS diambil semasa perut kosong (iaitu sejam sebelum sarapan pagi) atau  sebelum tidur (satu jam selepas makan malam)

Dewasa: Ambil satu (1) bungkus, dua (2) kali sehari.

Kanak-kanak: 0-3 tahun ambil 1/3 bungkus, dua (2) atau  tiga (3) hari sekali.

4-11 tahun ambil ½ bungkus, dua (2) atau tiga (3) hari sekali.

Bilakah kesannya boleh dirasai?

Kesan  kepada pengguna selepas penggunaan QFS adalah berbeza antara individu dan individu yang lain. Ada pengguna yang merasakan kesannya  serta merta dan ada yang mengambil masa berminggu atau berbulan.

Siapakah yang memerlukan QFS?


1.  Selesema.

 


Selesema  adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia yang diakibatkan oleh pelbagai jenis virus. Di mana apabila virus  selesema ini menyerang pada amnya ia akan mengakibatkan demam sejuk, sakit kepala,  hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk . Adakalanya pengidap akan mendapat  paru-paru berair, bronkitis, resedung dan juga penyakit buah pinggang serta gout.

2.  Resedung dan alahan.

 


Resedung  serta alahan melibatkan tiga organ utama iaitu paru-paru, limpa dan buah pinggang disebabkan cuaca sejuk. Pada waktu pagi bersin berlaku berterusan serta hingus meleleh keluar dan adakalanya hidung akan  tersumbat dan mata menjadi merah dan gatal. Ia akan berkurangan apabila menjelang  tengahari dan kembali semula apabila malam (sejuk).

3.  Ibu mengandung dan bayi kandungannya.


Pengambilan  QFS semasa dalam tempoh mengandung bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan badan ibu yang lemah. Malah dapat mengelakkan  keturunan sesuatu penyakit daripada ibu kepada bayi kandungannya sekiranya ibu  yang mengandung berpenyakit. Di samping itu, pada masa yang sama daya  ketahanan (imun) sistem bagi kedua-dua ibu dan bayi akan mendapat peningkatan yang sewajarnya.

4.  Batuk dan kahak


Batuk  adalah disebabkan oleh jangkitan pada sistem paru-paru dan ia biasanya adalah lebih rumit. Terdapat 2 jenis  jangkitan pada paru-paru, iaitu jangkitan pada luar paru-paru atau dalam paru-paru. Jangkitan pada luar paru-paru adalah  jangkitan awal dan masih boleh diubati dengan mudah. Manakala jangkitan pada dalam paru-paru adalah disebabkan jangkitan pada paru-paru luar yang kronik  dan merebak kebahagian dalam dan adakala ianya menjurus kepada bronkitis.  Lazimnya melibatkan organ paru-paru, buah pinggang dan limpa, ia perlu dirawat  segera.

5.  Asma dan lelah


Asma  disebabkan oleh alahan yang mengakibatkan pembengkakan di sekitar bronkus di mana salur di dalam bronkus menjadi sempit serta kehadiran  mukus pada dinding bronkus. Ia akan mengakibatkan kesukaran bernafas dan akan mengakibatkan lelah. Adakalanya ia berlaku disebabkan oleh alahan  pemakanan seperti pengambilan udang atau makanan laut. Lain-lain seperti habuk,  kulat serta suasana persekitaran sejuk.

6.  Golongan penjaga kesihatan

Qiang  Fei San sesuai digunakan sebagai makanan  kesihatan sepanjang masa untuk penjagaan/pemeliharaan kesihatan sepanjang hayat:

- Pemeliharaan  kesihatan: Pengambilan QFS secara berkekalan akan meningkatkan daya menguatkan badan dan seterusnya dapat melambatkan  proses penuaan seseorang.

- Pemeliharaan  kecantikan: pengambilan QFS secara berkekalan akan menyerikan kulit dan memelihara kejelitaan seseorang.

Mengenai Saya


Nama saya Awang Badrul Hisham Bin Awang Jemat. Berusia 31 tahun dan berasal dari Sarikei, Sarawak. Saya bertugas di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei sebagai Pegawai Perhubungan Awam (Public Relation Officer).

Saya telah bertugas sebagai seorang penjawat awam selama lebih kurang 8 tahun. Sebelum ini saya hanya berkerja sebagai buruh biasa sahaja. Pengalaman saya dalam hidup bekerja makan gaji banyak memberi pengajaran kepada saya. Dengan harapan untuk mejadi seorang yang lebih berjaya di masa akan datang untuk masa depan keluarga dan anak-anak, saya berazam kuat untuk mencari jalan yang lebih luas lagi bagi menjana pendapatan untuk menempuhi zaman yang penuh berliku ini.

Dengan berbekalkan keyakinan dan pemikiran yg positif, saya mempunyai sifat yang terlalu berhati-hati dalam pemilihan sesuatu perkara. Ini membolehkan saya menilai sesuatu perkara itu dengan jujur dan ikhlas dari hati. Saya mengambil iktibar daripada pengalaman kehidupan keluarga saya yang dahulunya adalah daripada golongan yang susah. Daripada itulah bermulanya detik-detik yang saya tidak akan lupakan dengan pengorbanan yang telah ditanggung oleh Ibu saya untuk membesarkan kami adik beradik dengan hasil titik peluhnya dengan hanya berniaga. Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling besar potensinya untuk menjana pendapatan yang lumayan sekiranya kita berusaha dengan gigih dan sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan.

Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman saya dalam bidang perniagaan. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mencuba berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual burger, roti canai, kuih-muih dan sebagainya. Walaubagaimanapun ianya tidak berlanjutan kerana masa terlalu singkat dan keadaan pun tidak mengizinkan bagi saya yang sudah pun mempunyai pekerjaan tetap. Penat lelah sehabis sibuk bekerja di pejabat seharian membantutkan usaha saya untuk terus berkecimpung dalam perniagaan seperti ini. Ini semua saya lakukan kerana gaji bulanan yang diterima setiap bulan tidak mencukupi dan sering saja berlaku kesempitan wang di pertengahan bulan.

Seawal bulan Mac 2010, saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan berkenaan peluang menambah pendapatan melalui perniagaan di dalam internet. Saya juga seperti sesetengah orang yang lain sememangnya masih ragu akan perkara tersebut. Telah banyak saudara, rakan-rakan ingin mempelawa saya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini dan bermacam-macam peluang yang telah saya temui. Namun, belum satu pun peluang tersebut saya ambil dengan mudah, kerana saya adalah seorang yang bertindak mengikut naluri hati yang begitu mendalam untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang seperti ini. Alhamdulillah berkat doa dan niat dihati yang begitu mendalam hati saya telah terbuka untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet saya pun menyertai Team Online JutawanBosland.

Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan perkara ini, namun jauh dilubuk hati saya mengatakan bahawa perniagaan ini boleh memajukan saya sejauh mana yang boleh dalam kehidupan ini dengan adanya usaha, sokongan, doa dan bertawakal kepada Nya. Dalam tempoh hanya selama 14 hari, saya telah pun mendapat pulangan modal dan bonus hasil usaha saya yang tidak seberapa, memperkenalkan kepada rakan-rakan dan berkongsi peluang bersama mereka untuk menyertai perniagaan ini. Hasilnya memang amat menakjubkan di mana rakan-rakan turut berminat untuk menceburinya dan mendapatkan produk keluaran Syarikat ini. Selain daripada itu juga, Produk yang saya dapat serta gunakan memberikan kesan yang begitu baik sehinggakan penyakit yang saya hidapi berkurangan dan tahap kesihatan bertambah baik setelah menggunakannya. Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman berkenaan penggunaan produk yang dipasarkan oleh Syarikat ini. Saya telah menghidap penyakit gout semenjak pertengahan 2009 dan ianya adalah sangat menyakitkan buat mereka-mereka yang menghidapnya. Banyak pantang larang dari segi makanan dan minuman. Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan produk ini iaitu Susu Mutiara Whitefully dimana ianya boleh mengurangkan asid urik di dalam badan seseorang penggunanya memandangkan produk ini adalah yang terbaru. Saya cuba mengamalkan minum Susu tersebut pada siang hari dicampur dengan Coffee Slimme dan pada malamnya satu paket Susu sebelum tidur. Hasilnya setelah saya menggunakan sebanyak 4 hingga 6 kotak produk tersebut penyakit gout yang saya dahulunya diserang setiap minggu berkurangan dan boleh dikirakan hampir pulih. Saya pernah menguji diri saya sendiri dengan memakan makanan laut seperti ketam yang mana pesakit-pesakit gout dan mereka-mereka yang arif tahu ianya boleh menyebabkan diserang sakit tersebut. Alhamdulillah, seharian dan keesokkan harinya tiada apa2 tanda serangan gout ke atas saya. Pada masa itulah saya percaya yang Produk Susu Mutiara Whitefully BOSLAND boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan yang memperkenalkan BOSLAND dan produknya kepada saya.

Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”