Kata orang berjaya

“Tidak sukar untuk menjadikan diri bersemangat, yang sukar adalah bagaimana mengekalkan semangat itu” kerana kejayaan adalah untuk orang-orang yang berjaya mengekal semangatnya untuk terus berjuang ke arah mencapai matlamat yang diidamkan.

Kata-kata yang menjadi azimat kepada saya:

When I change my thingking, I change my beliefs.
When I change my beliefs, I change my expectations.
When I change my expectations, I change my attitude.
When I change my attitude, I change my behavior.
When I change my behavior, I change my performance.
When I change my performance, I change my life.

UNTUK INFO LANJUT, DAFTAR PERCUMA DI SINI


Friday, September 24, 2010

Dengan modal serendah RM200 & Produk Susu Mutiara Pertama di Dunia, Slimme Coffee , QFS untuk batuk, asthma dan banyak lagi untuk kesihatan. Anda akan dapat Kaya, Sihat & Berjaya...

Tuesday, August 31, 2010

Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai JutawanBosland - Tuan Haji Mohd Noor

Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai JutawanBosland - Tuan Haji Mohd Noor

by Azizi Hadi on Tuesday, August 31, 2010 at 1:18am

Saya adalah seorang pesara kerajaan yang bertugas di Kementerian Luar Negeri. Saya sentiasa aktif dengan tugas harian sama ada aktiviti rasmi atau pun tidak, di Wisma Putra mahupun di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara.

Saya tidak mahu membiarkan tempoh persaraan ini menjadi jumut atau menanti saat untuk kembali kepada Allah. Saya hanya bersara dari pekerjaan biasa dan bukannya bersara dari penghidupan ini. Aktivit penghidupan mesti diteruskan seperti biasa.

Saya berdoa kepada Allah semoga saya dipertemukan dengan peluang kesihatan dan peluang perniagaan yang terbaik untuk saya menghabiskan masa dalam kehidupan ini. Doa adalah kekuatan dan merupakan penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah, dan hanya dia yang tahu terbaik untuk kita semua.

Saya juga memohon agar peluang tersebut mesti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah semoga rezeki yang diterima adalah halal dan mendapat keberkatan dengannya. Amin

Alhamdulillah saya telah diperkenalkan oleh En Azizi Hadi dengan perniagaan Bosland ketika beliau datang ke Kuching pada hujung bulan Jan 2010. Saya telah mengenali beliau secara peribadi sejak awal 2009 lagi. Perbezaan umur diantara beliau dan saya adalah seperti seorang anak dan seorang ayah. Beliau dibawah 40 dan saya pula mencecah 60 tahun.

Inilah peluang dan doaku selama ini, bisik hati kecil ini, Allah menyampaikan peluang dan rezeki melalui hamba-hambanya dan segalanya adalah terbaik kerana saya sudah meminta dan berserah kepadanya.

Setelah diterangkan dengan terperinci peluang perniagaan Bosland oleh En Azizi Hadi, saya telah mengambil keputusan untuk terus menyertainya. Peluang ini hanya datang sekali sahaja dan saya perlu mengambil keputusan yang terbaik. Alhamdulillah saya telah menyertai Bosland dengan Pakej Usahawan dan telah mendaftar di http://www.JutawanBosland.com/1Bosland. Umur bukan alasan untuk saya berjaya yang penting keazaman dan keyakinan yang tinggi untuk mengejar impian dunia dan akhirat.

Pada peringkat awal kami membuat promosi melalui online, melalui SMS dan juga perjumpaan rambang dengan seseorang prospek yang diperkenalkan oleh seseorang melalui panggilan telefon dan disusuli dengan perbincangan dimeja.

Alhamdulillah, peluang perniagaan dan produk Bosland mempunyai kekuatan tersendiri, maka kedua-duanya menjadi tenaga yang bercakap menyampaikan maklumat kepada masyarakat bahawa Bosland produk adalah yang terbaik untuk diamalkan sebagai penyembuh ppenyakit samada untuk penyakit fizikal tubuh badan mahupun penyakit hidup yang layu kerana tekanan kesulitan ekonomi.

Allah jualah yang membantu apa jua gerak kerja hamba-hambanya, selagi hambanya tidak lupa padanya. Pada bulan Jun 2010, Cikgu Norazman Jindul pula telah membuka Pejabat Stokis Negeri Sarawak di Bandaraya Kuching. Pembukaan ini merupakan satu suntikan kekuatan mendadak kepada perkembangan Bosland di Sarawak ini. Jumlah keahlian dan pengguna menjadi bertambah drastic sekali. Saya langsung tidak menduga gelombang tsunami Bosland sedang mengharungi kehidupan saya sekarang ini dengan pintu rezeki dibuka oleh Allah dari sudut-sudut yang tidak pernah saya duga. Alhamdulillah.

Seorang rakanniaga saya yang baru iaitu Encik Aman Hj Hassan, bekas Pengurus Cawangan selama 25 tahun yang bersara dari Maybank sejak 2 tahun lalu dan mempunyai pengalaman kaedah –kaedah pemasaran yang luas, kini menjadi tenaga dan karektor utama khusus di Sarawak mewarnai bahtera perdagangan Bosland dengan warna-warna kehidupan yang sangat ceria.

Juga menjadi mercutanda bahawa Bosland akan maju dan kekal dalam arus ekonomi negara, ialah keazaman dan keyakinan Cikgu Norazman Jindul membuka Pejabat Stokis Negeri Sarawak walaupun jumlah keahlian yang ada dibawah paras 50 orang pada bulan Jun 2010. Beliau membelanjakan modal yang besar untuk mengasaskan pejabat stokis tersebut.

Dua bulan baru berlalu, berkat keyakinan untuk terus berjaya dalam perniagaan Bosland, kini kami mempunyai keahlian yg telah mencecah 200 orang. Jumlah ini terus meningkat kerana usaha-usaha sedang diperkemaskan untuk memperluas arena Bosland supaya seluruh ahli masyarakat di Bumi Sarawak ini dapat merasai hikmat dan azimatnya “ healing power” dengan mengamalkan produk-produk kesihatan Bosland serta peluang perniagaan yang memberi keuntungan yang istimewa kepada anda semua.

TESTIMONI PRODUK

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru saya. Saya juga aktif bermain tennis. Sejak 2 bulan lalu saya menghadapi masalah Tennis Elbow pada tangan kanan. Saya telah membeli ubat di pharmacy dan juga cream FASTUM gel Ketoprofen 2.5% , tetapi tidak menampak kesan dan bahagian siku tangan kanan saya terus sakit dan sukar nak swing memukul bola.

Tetapi setelah saya mengamalkan pengambilan PLASMIN KAPSUL BOSLAND, saya telah lega dari masaalah tennis elbow. Maknanya perjalanan darah telah lancar semula ke bahagian anggota badan yg berkenaan. Insha Allah lepas raya ni , saya boleh libas swing lebih baik.

Akhir kata, saya dengan rendah hati melahirkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t. yang memakbulkan doa yang saya selalu baca dalam solat Sunat Dhuha supaya pintu rezeki dibuka seluas-luasnya untuk saya.

Saya juga melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Admin JutawanBosland En Azizi Hadi, Cikgu Azman Jindul, En Aman Hj Hassan peneraju utama Bosland di Sarawak dan semua ahli keluarga Bosland di Sarawak, di Sabah dan juga di Semenanjung.

Pesan saya kepada seluruh rakyat Malaysia supaya membuang sikap menutup pintu kepada Ilmu. Kemasukan ilmu yang berfaedah melalui pintu-pintu minda yang sentiasa terbuka, akan membawa perubahan yang sangat positif. Berdampinglah dengan Bosland, dengan izin Allah segalanya menjadi mudah dan senang apabila anda berfikiran POSITIF.

Salam Ramadhan Kareem.

Monday, August 2, 2010

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan online, jangan sesekali memikirkan sesuatu yang negatif seperti:

"Bolehkah orang join bisnes aku ni"
"Susahlah nak buat"
"Aku takder modal nak mula"
..."Aku takder ilmu nak buat"
"Ko buat dululah, dah kaya baru aku join"

Lebih baik fikirkan begini

" InsyaAllah, rezeki Allah yang punya, tiada yang mustahil jika Allah menghendaki sesuatu. Aku hanya mampu berusaha sahaja Allah yang tentukan."

Dengan minda dan keazaman yang kuat segalanya InsyaALLAH dipermudahkan.

Wednesday, July 28, 2010

Kepada penghidap2 gout..jgn selalu amalkan makan Pil Gout kerana ianya boleh memudaratkan organ2 dalaman spt Buah Pinggang, Lemah tenaga batin/ shawat (mati pucuk) dan sebagainya. Jgn tambahkan lagi penyakit yg telah ada dalam tubuh badan anda. Buka minda anda semua. Anda sihat, Kaya & Berjaya...

Keajaiban berlaku sekali lagi. Produk Susu Whitefully memang kaw2 hebat. Pagi tadi kaki saya terasa sakit sbb makan daging lembu terlalu byk sehingga diserang gout. "Padan muka saya".. Tetapi oleh kerana tak tahan menanggung sakit, saya bancuh Susu Whitefully seawal pagi selepas Subuh dan minum. Saya tidur balik sekeja...p dan jam 7.00 Isteri saya bgnkan saya dr tidur untuk menghantar anak ke sekolah. Alangkah terkejutnya saya bila kaki yg pada mulanya sakit tadi mulai beransur pulih dan sehingga mlm ini, saya rasa sakit gout yg saya alami awal pagi tadi telah hilang. Syukur alhamdulillah dan terima kasih lah kepada Tuan & Produk Susu BOSLAND. Selamat tinggal "pil" gout, Selamat dtg "Susu mutiara whitefully BOSLAND". Sapa2 yg ada sakit gout tu boleh cuba produk ni. Saya tak tipu, ini semua berlaku ke atas saya sendiri. InsyaAllah.

Wednesday, July 21, 2010

The Secret Of Success is Just Two Words: TRY HARDER


Apabila Menghadapi Kesulitan Dalam Membuat Kerja-Kerja Penting, Saya Berpegang Pada Satu Prinsip : JANGAN MEYERAH KALAH !


Saya Tidak Kalah Apabila Berada Di Bawah. Saya Kalah sekiranya Tidak Bangkit Sermula


SIKAP POSITIF: Tindakan Yang Akan Diambil Akan Membuahkan Hasil Yang Diingini

Sunday, July 18, 2010

Semangat JutawanBosland

Mengenai Saya


Nama saya Awang Badrul Hisham Bin Awang Jemat. Berusia 31 tahun dan berasal dari Sarikei, Sarawak. Saya bertugas di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei sebagai Pegawai Perhubungan Awam (Public Relation Officer).

Saya telah bertugas sebagai seorang penjawat awam selama lebih kurang 8 tahun. Sebelum ini saya hanya berkerja sebagai buruh biasa sahaja. Pengalaman saya dalam hidup bekerja makan gaji banyak memberi pengajaran kepada saya. Dengan harapan untuk mejadi seorang yang lebih berjaya di masa akan datang untuk masa depan keluarga dan anak-anak, saya berazam kuat untuk mencari jalan yang lebih luas lagi bagi menjana pendapatan untuk menempuhi zaman yang penuh berliku ini.

Dengan berbekalkan keyakinan dan pemikiran yg positif, saya mempunyai sifat yang terlalu berhati-hati dalam pemilihan sesuatu perkara. Ini membolehkan saya menilai sesuatu perkara itu dengan jujur dan ikhlas dari hati. Saya mengambil iktibar daripada pengalaman kehidupan keluarga saya yang dahulunya adalah daripada golongan yang susah. Daripada itulah bermulanya detik-detik yang saya tidak akan lupakan dengan pengorbanan yang telah ditanggung oleh Ibu saya untuk membesarkan kami adik beradik dengan hasil titik peluhnya dengan hanya berniaga. Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling besar potensinya untuk menjana pendapatan yang lumayan sekiranya kita berusaha dengan gigih dan sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan.

Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman saya dalam bidang perniagaan. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mencuba berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual burger, roti canai, kuih-muih dan sebagainya. Walaubagaimanapun ianya tidak berlanjutan kerana masa terlalu singkat dan keadaan pun tidak mengizinkan bagi saya yang sudah pun mempunyai pekerjaan tetap. Penat lelah sehabis sibuk bekerja di pejabat seharian membantutkan usaha saya untuk terus berkecimpung dalam perniagaan seperti ini. Ini semua saya lakukan kerana gaji bulanan yang diterima setiap bulan tidak mencukupi dan sering saja berlaku kesempitan wang di pertengahan bulan.

Seawal bulan Mac 2010, saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan berkenaan peluang menambah pendapatan melalui perniagaan di dalam internet. Saya juga seperti sesetengah orang yang lain sememangnya masih ragu akan perkara tersebut. Telah banyak saudara, rakan-rakan ingin mempelawa saya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini dan bermacam-macam peluang yang telah saya temui. Namun, belum satu pun peluang tersebut saya ambil dengan mudah, kerana saya adalah seorang yang bertindak mengikut naluri hati yang begitu mendalam untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang seperti ini. Alhamdulillah berkat doa dan niat dihati yang begitu mendalam hati saya telah terbuka untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet saya pun menyertai Team Online JutawanBosland.

Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan perkara ini, namun jauh dilubuk hati saya mengatakan bahawa perniagaan ini boleh memajukan saya sejauh mana yang boleh dalam kehidupan ini dengan adanya usaha, sokongan, doa dan bertawakal kepada Nya. Dalam tempoh hanya selama 14 hari, saya telah pun mendapat pulangan modal dan bonus hasil usaha saya yang tidak seberapa, memperkenalkan kepada rakan-rakan dan berkongsi peluang bersama mereka untuk menyertai perniagaan ini. Hasilnya memang amat menakjubkan di mana rakan-rakan turut berminat untuk menceburinya dan mendapatkan produk keluaran Syarikat ini. Selain daripada itu juga, Produk yang saya dapat serta gunakan memberikan kesan yang begitu baik sehinggakan penyakit yang saya hidapi berkurangan dan tahap kesihatan bertambah baik setelah menggunakannya. Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman berkenaan penggunaan produk yang dipasarkan oleh Syarikat ini. Saya telah menghidap penyakit gout semenjak pertengahan 2009 dan ianya adalah sangat menyakitkan buat mereka-mereka yang menghidapnya. Banyak pantang larang dari segi makanan dan minuman. Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan produk ini iaitu Susu Mutiara Whitefully dimana ianya boleh mengurangkan asid urik di dalam badan seseorang penggunanya memandangkan produk ini adalah yang terbaru. Saya cuba mengamalkan minum Susu tersebut pada siang hari dicampur dengan Coffee Slimme dan pada malamnya satu paket Susu sebelum tidur. Hasilnya setelah saya menggunakan sebanyak 4 hingga 6 kotak produk tersebut penyakit gout yang saya dahulunya diserang setiap minggu berkurangan dan boleh dikirakan hampir pulih. Saya pernah menguji diri saya sendiri dengan memakan makanan laut seperti ketam yang mana pesakit-pesakit gout dan mereka-mereka yang arif tahu ianya boleh menyebabkan diserang sakit tersebut. Alhamdulillah, seharian dan keesokkan harinya tiada apa2 tanda serangan gout ke atas saya. Pada masa itulah saya percaya yang Produk Susu Mutiara Whitefully BOSLAND boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan yang memperkenalkan BOSLAND dan produknya kepada saya.

Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”