Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai JutawanBosland - Tuan Haji Mohd Noor
Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai JutawanBosland - Tuan Haji Mohd Noor
Saya adalah seorang pesara kerajaan yang bertugas di Kementerian Luar Negeri. Saya sentiasa aktif dengan tugas harian sama ada aktiviti rasmi atau pun tidak, di Wisma Putra mahupun di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara.
Saya tidak mahu membiarkan tempoh persaraan ini menjadi jumut atau menanti saat untuk kembali kepada Allah. Saya hanya bersara dari pekerjaan biasa dan bukannya bersara dari penghidupan ini. Aktivit penghidupan mesti diteruskan seperti biasa.
Saya berdoa kepada Allah semoga saya dipertemukan dengan peluang kesihatan dan peluang perniagaan yang terbaik untuk saya menghabiskan masa dalam kehidupan ini. Doa adalah kekuatan dan merupakan penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah, dan hanya dia yang tahu terbaik untuk kita semua.
Saya juga memohon agar peluang tersebut mesti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah semoga rezeki yang diterima adalah halal dan mendapat keberkatan dengannya. Amin
Alhamdulillah saya telah diperkenalkan oleh En Azizi Hadi dengan perniagaan Bosland ketika beliau datang ke Kuching pada hujung bulan Jan 2010. Saya telah mengenali beliau secara peribadi sejak awal 2009 lagi. Perbezaan umur diantara beliau dan saya adalah seperti seorang anak dan seorang ayah. Beliau dibawah 40 dan saya pula mencecah 60 tahun.
Inilah peluang dan doaku selama ini, bisik hati kecil ini, Allah menyampaikan peluang dan rezeki melalui hamba-hambanya dan segalanya adalah terbaik kerana saya sudah meminta dan berserah kepadanya.
Setelah diterangkan dengan terperinci peluang perniagaan Bosland oleh En Azizi Hadi, saya telah mengambil keputusan untuk terus menyertainya. Peluang ini hanya datang sekali sahaja dan saya perlu mengambil keputusan yang terbaik. Alhamdulillah saya telah menyertai Bosland dengan Pakej Usahawan dan telah mendaftar di http://www.JutawanBosland.com/1Bosland. Umur bukan alasan untuk saya berjaya yang penting keazaman dan keyakinan yang tinggi untuk mengejar impian dunia dan akhirat.
Pada peringkat awal kami membuat promosi melalui online, melalui SMS dan juga perjumpaan rambang dengan seseorang prospek yang diperkenalkan oleh seseorang melalui panggilan telefon dan disusuli dengan perbincangan dimeja.
Alhamdulillah, peluang perniagaan dan produk Bosland mempunyai kekuatan tersendiri, maka kedua-duanya menjadi tenaga yang bercakap menyampaikan maklumat kepada masyarakat bahawa Bosland produk adalah yang terbaik untuk diamalkan sebagai penyembuh ppenyakit samada untuk penyakit fizikal tubuh badan mahupun penyakit hidup yang layu kerana tekanan kesulitan ekonomi.
Allah jualah yang membantu apa jua gerak kerja hamba-hambanya, selagi hambanya tidak lupa padanya. Pada bulan Jun 2010, Cikgu Norazman Jindul pula telah membuka Pejabat Stokis Negeri Sarawak di Bandaraya Kuching. Pembukaan ini merupakan satu suntikan kekuatan mendadak kepada perkembangan Bosland di Sarawak ini. Jumlah keahlian dan pengguna menjadi bertambah drastic sekali. Saya langsung tidak menduga gelombang tsunami Bosland sedang mengharungi kehidupan saya sekarang ini dengan pintu rezeki dibuka oleh Allah dari sudut-sudut yang tidak pernah saya duga. Alhamdulillah.
Seorang rakanniaga saya yang baru iaitu Encik Aman Hj Hassan, bekas Pengurus Cawangan selama 25 tahun yang bersara dari Maybank sejak 2 tahun lalu dan mempunyai pengalaman kaedah –kaedah pemasaran yang luas, kini menjadi tenaga dan karektor utama khusus di Sarawak mewarnai bahtera perdagangan Bosland dengan warna-warna kehidupan yang sangat ceria.
Juga menjadi mercutanda bahawa Bosland akan maju dan kekal dalam arus ekonomi negara, ialah keazaman dan keyakinan Cikgu Norazman Jindul membuka Pejabat Stokis Negeri Sarawak walaupun jumlah keahlian yang ada dibawah paras 50 orang pada bulan Jun 2010. Beliau membelanjakan modal yang besar untuk mengasaskan pejabat stokis tersebut.
Dua bulan baru berlalu, berkat keyakinan untuk terus berjaya dalam perniagaan Bosland, kini kami mempunyai keahlian yg telah mencecah 200 orang. Jumlah ini terus meningkat kerana usaha-usaha sedang diperkemaskan untuk memperluas arena Bosland supaya seluruh ahli masyarakat di Bumi Sarawak ini dapat merasai hikmat dan azimatnya “ healing power” dengan mengamalkan produk-produk kesihatan Bosland serta peluang perniagaan yang memberi keuntungan yang istimewa kepada anda semua.
TESTIMONI PRODUK
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru saya. Saya juga aktif bermain tennis. Sejak 2 bulan lalu saya menghadapi masalah Tennis Elbow pada tangan kanan. Saya telah membeli ubat di pharmacy dan juga cream FASTUM gel Ketoprofen 2.5% , tetapi tidak menampak kesan dan bahagian siku tangan kanan saya terus sakit dan sukar nak swing memukul bola.
Tetapi setelah saya mengamalkan pengambilan PLASMIN KAPSUL BOSLAND, saya telah lega dari masaalah tennis elbow. Maknanya perjalanan darah telah lancar semula ke bahagian anggota badan yg berkenaan. Insha Allah lepas raya ni , saya boleh libas swing lebih baik.
Akhir kata, saya dengan rendah hati melahirkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t. yang memakbulkan doa yang saya selalu baca dalam solat Sunat Dhuha supaya pintu rezeki dibuka seluas-luasnya untuk saya.
Saya juga melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Admin JutawanBosland En Azizi Hadi, Cikgu Azman Jindul, En Aman Hj Hassan peneraju utama Bosland di Sarawak dan semua ahli keluarga Bosland di Sarawak, di Sabah dan juga di Semenanjung.
Pesan saya kepada seluruh rakyat Malaysia supaya membuang sikap menutup pintu kepada Ilmu. Kemasukan ilmu yang berfaedah melalui pintu-pintu minda yang sentiasa terbuka, akan membawa perubahan yang sangat positif. Berdampinglah dengan Bosland, dengan izin Allah segalanya menjadi mudah dan senang apabila anda berfikiran POSITIF.
Salam Ramadhan Kareem.